Selasa, Januari 16, 2018

Sijil Halal ISA 2018 bagi produk Shaklee


Rabu, September 03, 2014

Set Hamil Shaklee yang terbaik

Assalamualaikum.....

Hari ini saya nak share sedikit berkaitan SET HAMIL SHAKLEE yang saya consume sekarang...

Pada awalnya saya hanya ambil pil Klinik Kesihatan Ibu & Anak (KKIA) Kg Pandan shj... yang kerajaan bagi tu. tetapi.... dlm dua minggu pengambilan saya sgt tak larat, mual, pening kepala shj...

Maka saya bertukar kpd Shaklee Vitamin. Alhamdulillah saya bertenaga untuk memasak di dapur, buat kerja rumah. Bulan berganti bulan saya check up kat KKIA dan nurse puji segala rekod kesihatan saya. Dari segi berat naik sekata, HB saya sentiasa naik , saya bebas kencing manis ( 2x test utk kencing manis ttp sy takde  problem walaupun ibubapa saya & ibubapa mentua saya berpenyakit kencing manis. ). Alhamdulillah time mengandung saya takde masalah yang membimbangkan.

Nak tahu apa yang saya amalkan?

1) Vitalea ( Multivitamin with Iron )
Mommy yang pregnant memang kena ambil iron dan wajib cukup nutrisi sebabnya kita perlu share segala pemakanan & darah kita dengan baby. Iron membantu meningkatkan hb ke aras lebih  normal. Vitalea dapat membantu mencegah penyakit anemia ( kekurangan darah dalam badan ). Anemia ialah kekurangan sel darah merah yg sihat utk membawa oksigen ke tisu badan. Iron atau Zat Besi perlu untuk tumbesaran janin & pertambahan jumlah darah ibu semasa mengandung dan boleh elaakkan anemia berlaku.

2) B Complex ( With Folic Acid )
Lengkap dengan 8 kumpulan vitamin B termasuk folic acid yang membantu badan lebih bertenaga, otak yang lebih fokus, emosi yang lebih stabil (anti-stress), menukarkan makanan glukos kepada tenaga. haaa efek lainnya, kulit ibu lebih cantik & kemerah-merahan.tangan saya pun dah kemerah-merahan skg ni...

3) Vitamin C
Membantu meningkatkan metabolisma badan kita dari terkena demam, lesu, dan lain2. Dengan pengambilan Vitamin C bersama Vitalea dapat meningkatkan kadar penyerapan Iron dalam badan kita. Bagi saya pula jika makan Vitamin C ni kulit makin cerah dan sihat. haaa efek dia tu bagus sgt, bila gosok gigi dah takde darah keluar.

4) Ostematrix ( Kalsium )
Wanita hamil memerlukan 1300mg sehari hal ini kerana kalsium yang ada pada ibu diserap oleh janin/baby untuk pembentukan tulang mereka. Jika kekurangan kalsium, si Ibu akan mengalami kejang2 kaki, sakit gigi, osteoporosis dalam jangka masa panjang. Ostematrix Shaklee membekalkan Vitamin D, Magnesium dan Kalsium tinggi. Ostematrix tidak mengandungi lemak jika dibandingkan produk tenusu lain. Part saya pula jika makan Ostematrix ni, membuang sgt lawas (bila bangun pagi mesti ke toilet terus macam mkn pisang sepinggan).

saya hanya amalkan secara konsisten 4 item di atas sahaja.... item lain saya jarang2 makan seperti ESP & Omega Guard.

apa pun saya sangat bersyukur kerana dalam masa hamil saya ni, nurse selalu puji kesihatan saya baik.

Jom tengok TESTIMONI kawan kita yang amalkan SET HAMIL SHAKLEE...



okay lah... Jangan Lupa singgah My FB (klik) di sini...

Rabu, Julai 09, 2014

Suplimen Shaklee membantu naikkan Hb?

Assalamualaikum WBT....

Dah lama mommy to be ni tak menaip.. very busy jugak la... hoho jangan ingat Housewife takde keje.... hehehe... walaupun terkenal dengan WAHM ( Work at Home mom ) kebizian tetap hade hokey.... Nak2 kita yg berbisnes ni mmg 24jam/7hari seminggu la kerja..... cuti?? sendiri cuti bila memerlukan.... dah tak payah nak apply2 mcm masa keje dulu kan.....

Arini group EMG kecoh dengan discussion bertajuk Hb Low. Bagi Wanita mengandung sangat bahaya tau! Kalau Cara tradisional mak, ibu, mama kita mesti suruh makan hati ayam la, hati lembu la byk2, makan kerang la, makan sayur bayam la, makan sayur kankung la, makan jambu batu laaa.... uhuhuhuuu macam2 kan kena makan.... tapi kadang2 benda tu tak membantu sangat... Hb tetap rendah....



Nak tahu apa itu Hb low @ anemia (Kurang Darah) & Tekanan Darah Rendah (Hypotension @ Low Bp)

Anemia @ Low Hb dikaitkan dengan jumlah sel darah merah dalam tubuh


Anemia adalah suatu keadaan di mana seseorang tidak mempunyai sel darah merah sihat yang cukup untuk membawa oksigen ke seluruh tubuh. Ia turut dikaitkan dengan tahap hemoglobin (Hb) dalam darah.

Hemoglobin adalah komponen darah merah yang membawa oksigen, dan sangat penting peranannya dalam mengedarkan oksigen ke sel-sel di seluruh tubuh. Banyak faktor yang dapat menyebabkan berkurangnya haemoglobin pada anda. Antara lain adalah pendarahan, kekurangan zat besi, vitamin tertentu, sel darah yang menghancurkan sendiri dan banyak lagi.

Anemia dikesan melalui ujian darah, seperti yang biasa dibuat ke atas ibu hamil. Bagi ibu hamil, paras hemoglobin (Hb) yang normal adalah 12mg/dl.

Antara tanda-tanda yang anda mengalami kekurangan darah adalah letih dan lesu. Gejala lain juga seperti sakit kepala, sulit berkonsentrasi, sampai emosional. Bagi kes anemia yang teruk, ia boleh membuat anda pucat, kuku rapuh, pusing, bahagian putih mata anda menjadi kebiruan, sesak nafas.

Hypotensi pula?

Tekanan darah rendah dapat diukur melalui bacaan tekanan darah

Tekanan darah setiap orang dikawal sistem tersendiri yang membabitkan kawalan utama di otak, jantung, buah pinggang dan rangsangan di dalam salur darah menyebabkan situasi yang stabil membolehkan aliran darah yang berpatutan ke organ dalam badan. Tekanan darah yang normal ialah lebih kurang 90-120 mmHg pada tahap sistolik dan diastoliknya ialah antara 60-80 mmHg. Ada orang yang mempunyai tekanan darah 90/50 dan tidak mengalami masalah kerana ini adalah keadaan normal untuknya.
Jika tekanan darah rendah, darah tidak dapat dipam ke organ badan dengan efektif. Sebagai contoh, jika tekanan darah tidak sampai ke otak dengan secukupnya, otak tidak menerima oksigen dan nutrien yang ia kehendaki menyebabkan seseorang itu terasa pening, melayang dan hendak pitam. Ini sering dialami bila seseorang itu bangun dari duduk atau baring kerana kebanyakan darah berkumpul di bahagian bawah badan. Kebiasaannya, badan akan terus menyesuaikan keadaan ini sehingga kita tidak akan merasai apa-apa perbezaan. Tetapi seseorang yang sudah rendah tekanan darah tidak dapat memberi respons yang sepatutnya dan akan mengalami simtom yang tersebut diatas.
Antara penyebab tekanan darah yang rendah termasuk kekurangan volum darah, iaitu jumlah cecair mengalir dalam saluran darah yang boleh terjadi seperti dalam kes trauma atau perdarahan tidak terkawal ketika pembedahan, dehidrasi yang akan mengurangkan kandungan cecair dalam badan boleh berlaku dalam kes muntah yang teruk, cirit-birit atau demam tinggi. Masalah jantung seperti kadar jantung yang rendah atau terlalu cepat, otot-otot jantung yang lemah boleh menurunkan tekanan darah.
Adalah sukar untuk bezakan antara Anemia dan Tekanan darah rendah berdasarkan simptom-simptom yang dialami semata-mata. Adalah terbaik untuk merujuk kepada pakar perubatan supaya ujian yang sepatutnya dapat dilakukan bagi mengenalpasti sama ada anda mengalami anemia atau tekanan darah rendah.

credit sumber Hb low & Bp low : AiniHayati...


okehh... IF ada mommies yg pregnant yg Hb low nie, saya akan suggestkan VITALEA , B COMPLEX & VITAMIN C SHAKLEE.... Sangat bahaya kepada mommies dan baby jika Hb yg sangat rendah... antaranya boleh sebabkan kematian dalam kandungan, lahir bayi pramatang, dan pelbagai lagi risiko bagi mommies Hb low nie.... gerun dengar.... Jadi, anda patut topup suplimen supaya badan anda sihat dan bertenaga.... Ehhh nak tahu tak dalam Vitalea lengkap dgn Iron, Multivitamin & Multimineral yg diperlukan oleh bayi anda....

Alhamdulillah, setakat ini saya Hb masih cantik sbbnya saya amalkan suplimen 3 beradik tu haa... Inshaallah... Pemakanan kita juga perlu dijaga tau.... makan yang berkhasiat, iaitu banyakkan sayur & buah-buahan.... banyakkan makan protein utk tumbesaran baby dlm kandungan ... Kalau dulu tangan saya mmg terkenal dikalangan kawan2 dgn pucatnya, sejak amalkan set di atas, tapak tangan saya dah merah-merah menandakan darah dlm badan saya cukup.... kita perlu amalkan suplimen supaya lebih sihat bukan? haaa.... sbb tu saya memilih SHAKLEE yg always safe, green nie.... mmg serasi dgn saya..

Ni sy belanja picture keputusan buku merah saya... See pada "Hb" naik kan... Alhamdulillah...



ehhh... kalau mommies lebih suka cara tradisional dan tak suka cara moden suplimen bagai nie, tak kisah... hehe yg nak jer boleh contact sy seperti di bawah..... 

nak tunjuk sikit rupa vitamin 3 beradik nie?


haaa... tu la dia rupanya....

nak oder? boleh....
Whatsapp 0139115538 


Khamis, Jun 26, 2014

VIVIX boleh diambil semasa MENGANDUNG?

Assalamualaikum WBT....

saya bersiaran lagi.....

Sesambil duk saja2 mlm ni teringin nk menaip menitip satu dua patah perkataan psl VIVIX.
Ramai yang tidak tahu VIVIX boleh diambil oleh mengandung. Seperti saya juga sebelum ini hanya terdengar-dengar shj, cuma saya tak berani mengambilnya. Beberapa hari lepas saya ke Health Talk by Shaklee di Branch Sri Rampai,KL. Talk by Puan Sarah beliau juga salah seorang pengamal tegar Suplimen Shaklee.

dalam class tersebut, beliau ada menyentuh VIVIX boleh diminum oleh wanita hamil (mengikut kondisi badan-trimester 2 ke atas----->>>> iaitu 4bulan keatas. 

Saya sgt teruja bila beliau mengatakan wanita mengandung boleh mengambil VIVIX iaitu produk supplemen revolusionari anti-penuaan dan juga membantu memelihara Kesihatan Jantung, Kesihatan Otak, Kesihatan Sistem Imun, Kesihatan Sendi, Perlindungan Antioksida, Peningkatan Tenaga pada tahap selular, Kesihatan dan Kesejahteraan. 

Nak tahu knp saya terlalu teruja? sbbnya saya kebelakangan ini berpuasa dan memerlukan tenaga lebih dan juga saya batuk2 bbrp hari nie... ohh cakap pasal batuk semasa mengandung memang sgt perit.... hehe (hanya pregnant mommies shj yg tahu)..... Tambah dulu2 sblm knl shaklee sy mmg disah oleh doktor ada mslh jantung, darah rendah, paru-paru. So..walaupun skg dah operation & tak teruk spt dulu, efek dr history sy tu still ada. Saya tak boleh sejuk, demam batuk nanti sakit dada, nk nafas sesak jer... Sy ambil keputusan nk mencuba VIVIX sbb tgh batuk2. Seksa jgk pregnant sambil batuk nie, sikit2 terkucil... ( waaa.. Sapa yg pnh alami je akan fhm )

dlm VIVIX ada apa? Jom baca apa... (hasil study buku kuning* SHAKLEE)





Kita mmg tahu VIVIX dari Muscadine Grape iaitu satu-satunya anggur jenis yg menunjukkan ciri-ciri menghentikan kimia penyebab kanser, anti-virus, dan anti-bakteria.  

Selain itu ia dari Purple Carrot iaitu membantu mengurangkan diabetes, antioksidan, anti-radang, anti-mikrobial , anti-carcinogen dan mengurangkan risiko penyakit koronari jantung.

Elderberry juga terdapat dlm VIVIX. Keberkesanannya dlm mengubati simptom flu, mengukuhkan sistem imun dan melawan jangkitan virus dan bakteria. Elderberry juga mengandungi Vitamin A,B,C dan nutrien spt asid, amino acids, carotenoid, tannin, rutin. Ia juga bagus utk melawan flu, jangkitan yeast, asthma, batuk, sesak hidung, sakit dada, dan diabetes.Selain itu ia dpt merendahkan tahap kolesterol dan halang kolesterol LDL( kolesterol jahat) yg penyebab sakit jantung. ohh sblm lupa, ia sgt membantu dlm pengurangan stress, membantu memperbaiki penglihatan dan penghadaman. 

Bahan Ke4 pula spt Polygonum Cuspidatum iaitu digunakan utk merumuskan suplimen anti-penuaan spt resveratrol dlm byk perubatan tradisional cina. Ia membantu melambatkan proses penuaan, merendahkan kolesterol, merendahkan tekanan darah, mengurangkan berat badan.




.....kalau di baca balik di atas tu mmg bagus benar sy amalkan VIVIX ni utk batuk saya ni... maklumla skg ni musim panas benar kat KL ni ( El-Nino ) dan tambah2 air kat empangan pulak dah kurang....tambah2 jerebu mmg sgt memerlukan VIVIX utk imunisasi saya nie....

apa lagi, bila balik je dari class tu saya pun praktiskan dekat rumah.... saya pun cubalah VIVIX yg best nie...ada sy mkn sesudu vivix shj & ada saya bancuh bersama Performance Drink. Almaklum la tgh berpuasa memerlukan tenaga lebih tambah2 saya melakukan kerja2 di rumah & tgh preggy kan.... mmg memerlukan suplimen tambahan utk topup my nutrisi.

ni dia rupa Performance Drink (PD) + VIVIX.... bancuh dgn air sejuk maveless minum time berbuka puasa tu..... sejuk segar tenaga sgttt!! lega gak pas minum VIVIX... Dah berkurang alhamdulillah bila kali pertama minum... 


Cara saya minum:-

saya letak je 1sudu setengah PD dan sesudu teh VIVIX ---->> shake dgn air sejuk (gambar di atas)




tengok pun dah sedappp kan??? apa lagi kesannya kan...

TESTIMONI SENDIRI...

Mmg saya sgt suka minum VIVIX. Boleh bg tenaga kat momy gojes ni, blh kurangkan batuk saya nie.. Sakit dada dh takde... 

Puan Siti
013-9115538 

jom tengok Testimoni kawan2.... VIVIX dapat kurangkan diabetes semasa mengandung dan kurangkan masalah kencing tak lawas/kencing kotor beliau....



Ada juga testimoni lain (bukan mengandung cases)

Ibu kesayangan customer dh blh jalan dlm seminggu pengambilan... 


Darah tinggi melampau, KENCING manis, kolesterol dll...


Mild strok ---> blh bangun sndiri 

syokkan tgk.....

jika anda ingin memesan VIVIX @ PD boleh contact saya di 0139115538  @
Klik utk ke FB
Pengedar Shaklee yang Sah

Shaklee sentiasa SELAMAT, BERKESAN, MESRA ALAM....




Isnin, Jun 16, 2014

KEBAIKAN UTAMA VITAMIN E SHAKLEE

Adakah anda pasti mendapat Khasiat VITAMIN E SECUKUPNYA setiap hari?

😘Kebaikan Utama Vitamin E 
..........................................................

🎊 Bertindak sebagai antikoagula (anticoagulant) yang mengurangkan kebolehan darah untuk membeku. Ini mengurangkan risiko penyakit strok akibat darah beku dan penyakit jantung.

🎉 Membantu menguatkan 2 enzim penting yang menjana sejenis bahan dipanggil prostacyclin, iaitu sejenis komponen yang menghalang blood clot dan memastikan salur darah sentiasa dalam keadaan baik.

💞 Membantu menjaga permukaan dalam salut darah agar sentiasa licin – mengelakkan pembentukan plak kolesterol~ Bertindak sebagai antioksidan yang menghalang radikal bebas dari merosakkan sel-sel badan kita.

👑 Vitamin E dpt membantu pembesaran tulang yang sihat dengan melawan bahan kimia dan asid yang boleh menggangu pembentukan tulang.

🎀 Vitamin E membantu fungsi sistem badan seperti :

1) Sistem saraf
2) Sistem otot
3) Sistem pembiakan (proses pembentukan gen)

Ringkasan Kebaikan Vitamin E 
.......................................................

💐Menjadikan anda tampak lebih muda dengan membantutkan penuaan sel yang disebabkan oleh radikal bebas.

🌹 Melindungi paru2 dari pencemaran udara.

🌺 Meningkatkan kuasa sel-T untuk melawan penyakit.

🍄 Anti oksidan.

🌻 Membekalkan oksigen ke sel-sel badan.

🌾 Mengurangkan risiko Alzheimer (nyanyuk).

🌸 Mengurangkan risiko keguguran bagi wanita hamil.

🌼 Menyelesaikan masalah kelesuan.

🌳 Mengurangkan risiko parut yang besar.

🌲 Merendahkan kadar kolesterol.

🌻 Membantu mencegah kanser.

💐Merendahkan risiko katarak




KETERANGAN LANJUT
DAPATKAN KHIDMAT NASIHAT PERCUMA DARI 

Pengedar Shaklee Pilihan Anda
Puan Siti Khadijah

Khamis, Jun 12, 2014

PHYTOCOL-ST vs KOLESTEROL ?

Assalamualaikum WBT....

Sempat saya menaip arini walaupun dalam keadaan yang agak sibuk sedikit. Alhamdulillah hari ni selesai check up for me & my baby bump... ehehee... so far nurse kata HB saya okay, semua okayla katanya.... Alhamdulillah ni semua kerana SET HAMIL SHAKLEE yang sgt best tu..... eehhh sebelum saya melengahkan masa sy nie Jom saya titipkan sedikit berkaitan KOLESTEROL JAHAT (LDL) nie , almaklum laa ptg2 byk keje mau buat.... sat lagi suami balik kerja kan... haa rumah wajib bersih... ekekekee....

PHYTOCOL-ST apa tu?

Jom saya kenalkan dgn botolnya dulu.... jeng jeng jeng....


Phytocol -ST ialah produk kesihatan yang membantu dalam menurunkan kolesterol jahat (LDL) dalam badan. Ia mampu membantu mencegah penyerapan kolesterol dan menyeimbangkan tindak balas imun dan sangat sesuai utk mereka yg mempunyai masalah kolesterol yang tinggi, penyakit auto-imun seperti bengkak sendi kronik (rheumatid arthritis) dan mereka yang mengidap alahan @ alergi kronik spt prosiasis.

Cabaran Era ini....

Adakah anda salah seorang dari 6 Juta Warga Malaysia yg menghidapi masalah tinggi kolesterol?
~ Dianggarkan bhwa satu drp tiga org dewasa di Malaysia mempunyai paras kolesterol yg tinggi. Kandungan kolesterol yg tinggi dlm darah menyumbang kpd masalah kesihatan yg serius dimana ia boleh dihidapi oleh sesiapa shj tnp mengira usia, dan dlm jangkamasa pjg ii akan memberikan impak negatif kpd kesihatan jantung dan fungsi kardiovaskular. Tetapi apa yg lebih membimbangkan kita skg di mana ramai individu yg masih tidak menyedari bahawa paras kplesterol mereka terlalu tinggi!

Apa itu Kolesterol?
~ Ia merupakan bahan lemak yg terdapat dlm saluran darah dan kesemua sel-sel badan. Ia merupakan komponen tubuh yang penting untuk pembetukan sel membran, hormon, hempedu, dan tisu-tisu lain dalam tubuh.

2 sumber utama Kolesterol
~ Kolesterol dihasilakn secara semulajadi oleh hati anda tetapi ia juga boleh diperolehi dari makanan harian anda. Kolesterol yg anda mkn akan meningkatkan paras kolesterol darah anda. Kolesterol darah yg terlalu tinggi akan meningkatkan risiko jantung & angin ahmar.

Bagaimana Kolesterol boleh menyebabkan Penyakit jantung?
....Kolesterol utama dlm darah spt LDL & HDL

~LDL (Lipoprotein ketumpatan rendah)
~HDL (Lipoprotein ketumpatan tinggi)

LDL dikenali sbg kolesterol jahat kerana paras kolesterol LDL terlalu tinggi dlm darah boleh membentuk sejenis bahan melekit (plak) dlm salur drh anda, dan akan berlaku penyumbatan salur darah & boleh menyekat aliran darah spt serangan jantung & angin ahmar.

HDL pula dikenali sbg kolesterol baik kerana membantu mengangkut kolesterol dari salur darah balik ke hati utk disingkirkan. HDL membersihkan saluran darah.

-------------------------------------------------------------------------------------------------

ohho penyakit ooo penyakit semuanya disebabkan pemakanan....
anda di syorkan mengambil kolesterol tidak melebihi 300mg sehari.... bayangkan anda mengambil menu harian di Malaysia spt:

2 keping roti canai ( sarapan)
Nasi lemak (tghri)
Char kway teow (mkn mlm)

anda mst tidak menyangka pada hari itu anda telah menga,bil kolesterol sbnyak 800mg kolesterol! hampir 3x ganda dr pengmbilan yg disyorkan..... 

BERTINDAK HARI NI: Ikuti Petua ini utk merendahkan Paras Kolesterol Darah anda secara semulajadi...
# amalkan pemakanan seimbang, rendah lemak tepu & tinggi serat larut.
# lakukan senaman lebih kerap.
# Turunkan berat badan.
# Institut Kesihatan Kebangsaan Amerika (NIH) mengesyorkan penambahan Fitosterol ke dalam diet harian anda bg menurunkan paras kolesterol secara semulajadi.




ATASI MASALAH ANDA DGN FITOSTEROL.......

Fitosterol dirujuk sbg sterol tumbuhan wujud scr semulajadi dlm kandungan buah-buahan, sayur-sayuran, kekacang, biji-bijian, legume, bijirin dan minyak sayuran. 80 kajian klinikal dlm penerbitan saintifik melaporkan keberkesanan & keselamatan fitosterol.

Fitosterol hampir sama dgn kolesterol... ia bersaing dgn kolesterol utk berada dlm sistem penghadaman. hasilnya kolesterol dihalang dan disingkirkan keluar bersama Fitosterol. Ia mengambil lebih byk fitosterol maka kurang kolesterol yg dpt diserap oleh tubuh, maka peluang utk anda menurunkan paras kolesterol LDL.



Keistemewaan PHYTOCOL-ST....

> Rumusan mantap drp beberapa jenis Fitosterol
> Membekalkan 2000mg Fitosterol tumbuhan setiap hari
> Menepati 100% keperluan harian Fitosterol yg disyorkan oleh Institut Kesihatan Kebangsaan (NIH)
> Tiada tambahan pengawet, pewarna, perisa @ pemanis

weeeuuu... haa boelh je gantikan dgn Phytocol nie kan.... "menyamar" utk benda baik digalakkan... ekekekee...


Rabu, Jun 11, 2014

SEBELUM DAN SELEPAS KENAL SHAKLEE ( CERITERA SAYA SENDIRI )

SEBELUM KENAL SHAKLEE (banyak penyakit)
  
Masa kecik2 ( sekolah rendah ) saya pernah di warded sbb doktor kata sakit buah pinggang... muka jd sembab dan entahla.... sbb kecik2 saya suka makan jajan/cekdis/maggi boleh kata hari2 mintak duit kat my mom beli & makan..

Pastu time higher skul ( form 6 ) saya di sahkan ada penyakit berkaitan peparu & jantung... ehhh... saya selalu kena warded gak tau... kejap masuk keluar masuk hospital HUSM Kubang Kerian.... saya ni mmg banyak penyakitttt... ohhooo... tapi menten kurus cantik ahahahaaaa.... (perahsannn kan)... Pernah buat Operation Minor & Major kat dada ni haa... Operation by pass... mmg selalu jumpa dktor la kan, buat ECHO, CT Thorex, Cytology n mcm2 laa saya nie... Nama penyakit lupa dh apa namanya panjang beno namanya tau.... hahahaha kalau mengaji 6 harakat kena sebut.... tapi alhamdulillah operation tu was successful... so mmg penyakit tu dah jauhh dari saya skg nie..... cuma kalau angkat brg berat terasa semput jgk, jalan jauh2 still ada simptom semput.... ekekekeee....

Akhirnya selepas habis belajar di Universiti Malaysia Terengganu pd 2010 (july) saya dpt kerja di Klang as banker kat CIMB BANK. Sebelum berkahwin saya ni mmg terkenal dgn penyakit darah rendah... ohhoo pernah gak gelap mata & pinsan...dolo2 la sekarang darah dah normal kot sejak berSHAKLEE...hehehehe

Rezeki berkahwin, suami saya pun alert tentang history penyakit saya nie sblm kawin lagi... history jer, sekarang penyakit atas2 tu takde dah....  Saya berkahwin pada 14/3/2012 and now 10/6/2014 dah 2y 3months dah usia perkahwinan kami. dalam tummy saya ada baby... second pregnancy kata doktor.... 

Semoga usia perkahwinan kami ke akhir hayat kami dan hingga ke Jannah... amin.... 



Orang dh kawin mesti nak baby kan? (jom saya story mory kisah perjalanan bahtera kami) lalalalalalalaaaa.....

Saya kawin bulan mac 2012 , bulan pertama kawin Suami kata nk rancang dulu, x mau awal2 ada baby... Tapi selama 3 bulan jer dpt rancang, sedara pakat dok tanya "takde lagi ker... takde lagi ker"... so hubby sy ckp masa kita buat anak ahahaahaha...

Alhamdulillah... bulan ke3 kahwin tu jugak  saya pregnant ( june 2012 ). tapi tak lama.... sy bleeding, but i dun know where to go... i went to Hospital Ampang for check up... u know there ramai doktor pelatih.... jolok sana jolok sini... dari normal bleeding dah jadi mcm drh period pulak... dari tak sakit kepada sakit tak tahan2..... lepas tu laaa baru doktor pakar datang.... ( sebelum tu doktor pelatih jer ) . okayy sungguh menyesal saya pi Hospital... kawan2 ckp itu normal bleeding (sikit2 pinkish colour) tu... tapi dh tak boleh buat apa, skg dh tak di selamatkan... doktor pakar ask me to DnC ( gugurkan/cuci )... ohh kena warded agi... menangis sakit woooo.... time tu puasa ramadhan bulan sepetember tahun 2012 rasanya . hampir nk raya puasa  dah... kita raya bulan 10 kan kalau tak silap..raya pertama sya dgn suami hehehe....Sapa yg nk benda tu jadi kan.... Rezeki hanya Allah yg tahu... redha saja...

Malang, selepas saya gugur/cuci tu doktor sahkan saya ada Ovarian cyst jenis endometriosis (ketulan darah terkumpul) pada kedua ovari saya (kiri & kanan) selepas dnc tu laaa.... doktor kata, cyst terjadi ada bbrp faktor. 1- pemakanan. 2- stress. 3- hormon tak stabil, atau darah haid tak habis keluar.  Tanpa pikir panjang buat appoinment pulak utk Operation buang Endometriosis nie 7cm tahu... ohho... takutnya... dh la sakit dnc tak hilang lagi.... so dated yg ditetapkan ialah 1/11/2012 saya Operation tu di Hospital Ampang.

lagi sekali saya MC duk rmh...macam org berpantang gak la..tp dapat MC 2 minggu je lps tu terus masuk keje.. hehe yela bila asik operation darah asik keluar jer lagi bertambah kecenderungan darah rendah... saya kena terima rawatan susulan iaitu amik suntikan lucrin utk stop period selama beberapa bulan.... start november 2012 sampai tahun 2013 saya tak period tau (kesan ubat cucuk lucrin setiap bulan tu)


Masa yg sama, dalam bulan Jan 2013 camtu saya ada start beli suplimen Shaklee dgn Nor Ayuney Ahmad... masa tu tak kenal pun dia, just jumpa kat FB je... hehe saya beli utk tambah darah saya & hilangkan pening2... saya beli b complex jer.... saya mmg tak berapa percaya laa... tapi nak cuba kan.... Alhamdulillah sedikit sebanyak membantu saya mengurangkan rasa pening2 saya tu... mungkin sbb kesan ubat lucrin di suntik oleh Doktor gynelogy saya tu jugak... saya still lagi mengambil suntikan lucrin stopkan period saya atas masalah Cyst tu smpai bulan 4, 2013 agaknya... dh lupa pulak.... ehh last cucuk pun bukan terus dtg period... dlm dua bulan lps tu gak baru period dtg.... ooo kesan ubat kata doktor... bahaya sbb still ada dlm badan kita kan.... ekekekee.... lama kan...


bulan feb 2013 saya register as a SHAKLEE member.... huhuhu...



SELEPAS.... 

bagaimana SAYA KENAL SHAKLEE??

Pada FEB 2013 (15 feb 2013), saya register keahlian Shaklee dgn Sponsorship Member dr upline saya Nor Ayuney Ahmad...  saya mmg tak pandai nk bisnes sgt la... biasalaa.... lagi plak saya busy woman.... mmg busy gak la... keluar pagi kerja ,malam baru balik.... nak masak lagi utk suami.... ahahahaa... Agak lama jugak saya nak ada downline bawah saya.... sbb awal2 saya hanya beli utk consume sendiri shj... kalau berniaga pun hanya kawan2 terdekat shj.... start bulan 7, 2013 till now bulan 6, 2014 saya dah ada anak, cucu, cicit lebih kurang 40+ orang....

awal2 daftar bulan feb 2013 saya dpt hny 2 angka, betul bulan pertama kalau tak silap RM70+ camtu.... lepas tu tak stabil ada 3 angka gak.... Tapi start bulan september 2013 saya steady & menten naik 3 angka BONUS okaylah kan... sbb saya buat main2 (kerja time tu kat RHB). tak fokus mana pun.... 

saya tekad resign sbb so tired... need to rest... need a freedom....

Alhamdulillah 15 December 2013 saya resign kerja dr RHB BANK dan fokus bisnes nie dlm 2minggu .... December 2013 jugak saya rank up as Supervisor.... Alhamdulillah... starting bonus dgn 4 angka. Saya juga disahkan pregnant lepas tu. second pregnancy.. berganda2 nikmat & rahmat Allah... saya ingat org pernah kena cyst susah nk pregnant tapi tidak jgk.... Rezeki Allah, dia yg tentukan... Alhamdulillah.... dari sini saya tekad bt shaklee betul2.....

3 bulan lepas tu Mac 2014 saya naik rank lagi as Senior Supervisor... syukran... Maybe rezeki my baby (second pregnancy nie ).

Nak tahu bila saya betul2 jatuh cinta??? sy summerize here... hehe

Sebenarnya saya dh jatuh cinta dgn suplimen Shaklee nie haaa..reverse gear .. awal jumpa shaklee januari 2013 sy mkn B Complex je... sampai laaa saya add Omega utk my heart & my cholesterol (x ingat bln brp).... kurus pun ade kolesterol tahu... ada gak beli Alfalfa tapi sy tak boleh mkn, sy bg husband makan pulak... mybe sbb sy drh rendah, mmg tak boleh la kan.... sbb memekatkan darah alfalfa nie ( herba ).

....... lepas habis treatment dgn doktor pakar gynae midyear 2013, saya baru berani consume Set Kesihatan Shaklee... amik b complex, vitalea, ESP, Mealshakes, Gla... haaa tudia... tapi gla tu payah nau nak mkn... byk skip nyer. bukan hari2 saya makan.... haha gla tu baik utk sembuhkan my cyst (endometriosis tu la)...



Segala penyakit ada ubatnya... Alhamdulillah saya serasi dgn Shaklee... Badan lebih segar bertenaga....... I love SHAKLEE !! 

Married mac 2012

First Pregnant june 2012
Misciarrage/gugur bulan sept 2012
Operation cyst nov 2012. 

Treatment cyst almost  1/2 year on 2013. 

Second Pregnant Jan 2014 (lebih kurang)
DELIVER october 2014 (10 bulan 1minggu pregnant )
dan....sekarang my baby name Tuan Ahmad Adam berusia 7bulan dah pada May 2015 ( 3 years usia perkahwinan kami )


alhamdulillah pengalaman yg bermakna....

Saya mmg suka Shaklee sbb my doctor juga suggest saya amik mknn tmbhn utk badan sihat... bila sihat penyakit payah dtg....

so masa pregnant saya consuming SET HAMIL SHAKLEE la..... 

Masalah drh rendah sy dh stabil sbb SET HAMIL tu.. nurse kat KKIA ckp saya bebas mslh... pastu aritu cek kencing manis juga bebas... saya kena jalankan test tu maklum la keluarga belah saya mmg kencing manis ( nenek, abah, mak), belah suami MIL juga ada kencing manis jgk.... so mmg wajib sy buat test tu... alhamdulillah SET HAMIL SHAKLEE membantu.... saya sihat shj tanpa ada sebarang penyakit ketika hamil.... saya mmg jatuh cinta banyak membantu sy selesaikan masalah sembelit, tiada kejang2 kaki.... Ostematrix dh selesaikan & jalankan kerja dia...




(SET HAMIL)


ESP + VITAMIN C + VITALEA + B COMPLEX + OSTEMATRIX + OMEGA



(SET BERPANTANG/MENYUSU) add on ALFALFA + GLA + ZINK dlm set berpantang saya.....



moral: dulu saya dgn pelbagai penyakit... Alhamdulillah skg saya bebas penyakit... memang penyakit tu kehendak Allah, tapi kita boleh elakkan dgn makan yg berkhasiat serta bernutrisi..... 


dan apa yg buat saya happy dlm SHAKLEE... saya pernah dapat Awards di National Conference 2013/14... naik stage bersama rakan2 dan upline hebat saya.... hasil saya pada tahun 2013 bersama Shaklee. Alhamdulillah... Group JUTAWAN hebat!!






Ingin sertai kami?

Puan Siti Khadijah
0139115538
sms/whatsapp
alangs_87@yahoo.com
Your Distributor